Thursday, November 25, 2010

Ayuh Buktikan Kehebatan!


Dalam kehangatan pertandingan Sukan Asia, di Guangzhou, China. hari ini merupakan penentuan, sekurang-kurangnya 2 atau 3 pingat emas bakal di raih kontigen negara. Fokus utama adalah kebangkitan skuad hoki dalam memastikan emas milik Malaysia, Malaysia akan menentang Pakistan dalam perlawan akhir hari ini dalam menentukan emas dan juga tiket automatik ke Sukan Olimpik London 2012

Selain daripada itu fokus emas kita hari ini adalah kepada dua perlawanan akhir, skuash berpasukan wanita dan lelaki, Malaysia akan bertemu Hong Kong, bagi wanita, dan pasukan lelaki akan bertemu Pakistan.  Berikut adalah jadual perlawanan hoki dan skuash hari ini.



Sasaran 9 pingat emas menjadi taruhan hari ini, semoga kita doakan kemenangan kepada skuad kebangsaan. Malaysia Boleh!

Punggutan Pingat Semasa Malaysia
8 Emas, 14 Perak dan 11 Gangsa
Related Posts with Thumbnails

E N T R Y T E R B A R U