Daripada menceritakan soal bola, dimana Malaysia dibelasah negara Jiran..baik aku cerita pasal benda best ini. Malam tadi bertempat di MidValley, aku dapat peluang menyaksikan tayangan perdana The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Treader, melalui contest yang dianjurkan CHURP CHURP. Rezeki namannya. Kepada yang belum join CHURPCHURP boleh join sekarang banyak faedah-faedah yang boleh dapat, selain iklan berbayar yang di kongsi di laman sosial seperti TWITTER, churpchurp jgak menawarkan untuk joint event macam ni. SYOK!
Lepas je balik kerja kat Shah Alam terus pegi ke Mid Valley, jalan jem sangat, tapi demi Narnia, layankan jugak jem. Agak penat sebenarnya! Tapi takpa lepas layan filem ni. penat semua hilang.
Filem Info:
Filem ini dibintangi oleh Ben Barnes, Skandar Keynes and Georgie Herley dan diarahkan oleh Michael Apted.
Sekeul Narnia kali ini agak ringan, Lucy dan Edmund Pevensie yang kembali ke Narnia bersama sepupu mereka Eustace di mana mereka bertemu dengan Prince Caspian untuk perjalanan di seberang lautan kapal kapal kerajaan, The Dawn Treader. Kisah menarik pengembaran di hiasi sepupu mereka yang agak NERD, iaitu Eustace kemudian bertukar menjadi seekor Naga amat menarik untuk disaksikan, ia menambahkan kegembiraan dalam menonton filem ini, Namun bagi pendapat saya, pegembaraan mereka dari satu pulau ke satu pulau untuk mengumpulakan pedang, kurang element suspen, aksi-aksi adalah aksi direct to point dan kurang mengujakan. Bagi yang berkesempatan, Filem ini mungkin lebih menarik jika dapat dilihat atau ditonton dalam siaran 3D, graphic-graphic yang ditayangkan adalah amat menarik pasti menarik ditonton dalam versi 3D!






